khaizain@hotmail.com

Kalau ada cerita menarik atau apa2 nak share sila email kat khaizain1.ohmennakshare.blogspot.com............jangan tk share tau

Rabu, 15 Disember 2010

Mengapa Cina Kaya(Menurut kajian 80% cina Malaysia berniaga....)



Kenapa orang Cina pandai dan berjaya?

Isu yang agak sering kita dengar; kenapa orang Cina kaya, pandai; kenapa orang Melayu bila belajar malas, buka bisnes gulung tikar, kaum subsidi dan sebagainya. Kenapa? Persoalan sekarang bukan kenapa orang Melayu malas. Itu namanya mencari alasan. Sedangkan untuk menyelesaikan masalah, kita perlukan penyelesaian.

Apa kata anda bawa pemikiran anda kepada diskusi saya kali ini, mengenai bagaimana Kaum Cina boleh bijak, pandai dan kaya raya. Adakah mereka kaum yang hanya goyang kaki, dan akhirnya turun hujan duit yang lebat kepada mereka?Adakah mereka merebus buku dan minum airnya untuk berjaya?

Sama ada korang setuju dengan pendapat aku atau tidak, terserah dan terpulang kepada individu untuk menilai.

1. Orang Cina telah belajar sesuatu yang diskrit sejak kecil lagi. Mereka telah belajar perkara2 yang sukar sejak kecil iaitu dari segi tulisan Cina dan bahasa yang rumit. Bayangkan, satu perkataan saja boleh membawa banyak maksud. Belum lagi dengar 4 bunyi dalam bahasa Mandarin. Rumit! Kalau anda lihat pada tulisannya pula, ya Allah, rumit benar. Ngak ngerti kok. Ada beribu-ribu tulisan yang perlu mereka pelajari. Semuanya susah.

Bak kata pepatah Melayu, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Tengok apa jadi, ramai orang Cina yang bersenang-senang sekarang dengan kekayaan yang dimiliki. Top 10 orang yang terkaya di Malaysia adalah dalam kalangan Kaum Cina.

2. Kaum Cina menggunakan perkataan yang ringkas dan pendek untuk pengiraan. Contoh, kalau Bahasa Melayu kita sebut "satu", dalam Mandarin misalnya, mereka menyebut "Yi". Maka dalam pengiraan, mereka agak cepat dan tangkas berbanding orang yang menggunakan Bahasa Melayu. Tak perlu sebut panjang-panjang. Idea mengenai pengiraan ini telah dicetuskan sendiri oleh rakan saya, Liew Chee Ing.

3. Perasaan minoriti yang terdapat dalam diri mereka. Apabila perasaan minoriti ini wujud, mereka lebih kuat berusaha. Memandangkan peluang mereka dalam negara terhad (disebabkan terlalu banyak subsidi yang memalaskan golongan Bumiputera diwujudkan), maka mereka berusaha lebih keras, terutamanya dalam pelajaran dan perniagaan bagi memastikan masa depan yang cerah. Golongan Bumiputera (termasuk saya sendiri) seringkali memandang enteng dan remeh terhadap peluang yang telah diberikan.

Bayangkan, disebabkan senang sangat masuk Matrikulasi, aku jadi malas belajar. Hasilnya, lihatlah. Kebanyakan yang 4flat di matrikulasi tu siapa?Orang Cina kan?Walaupun mereka hanya 10 % dalam matrikulasi. Sebab apa? Sebab mereka merasakan mereka ini minoriti. So, diorang belajar lebih kuat dan gigih.

4. Budaya berniaga yang telah ada dalam diri masyarakat Cina. Dalam Hadis Rasulullah itu sendiri ada menyebut "9/10 daripada pintu rezeki adalah melalui perniagaan". Kaum Cina memang terkenal dengan otak bisnesnya. Mereka memang bijak mencari peluang perniagaan, sedangkan orang Melayu (bukan semua), bila diberi bantuan perniagaan, menyalahgunakan kemudahan yang diberikan. Contoh yang jelas adalah pemberian AP (Approved permit) untuk menggalakkan golongan Bumiputera membuka perniagaan kereta. Apa yang telah terjadi, permit yang dikhaskan untuk orang Bumiputera ini kebanyakannya telah dijual kepada orang Cina untuk mendapat keuntungan yang cepat. Bukankah bodoh tu?

Bila disebut pasal berniaga, masing-masing takut sebab apa?Takut rugi, takut gulung tikar sedangkan belum cuba lagi tu. Kita lihat pula di sebalik kedai runcit mahupun restoran Cina, anak2 taukeh mereka ada di permis perniagaan tersebut, sama ada turut bekerja atau mentelaah pelajaran. At the end, he or she then turns up into a succesful businessman. Sebab apa?Dari kecil lagi, mereka telah dibudayakan untuk berniaga.

Bayangkan bila kita tiap2 hari bawa anak kecil kita memotong getah, menangkap ikan,ataupun mengutip tin untuk dikitar semula, apa akan jadi?Fikirlah sendiri.


Konklusinya, marilah kita sama-sama mengambil iktibar. Kepada yang malas tu, rajinkanlah. Kepada yang miskin, kayakanlah, yang bodoh, pandaikanlah. Buat yang lemah, kuatkanlah. Apa yang penting, semangat kita, our determination to achieve the stars, reach excelence in our lives. And the main gateway is by learn, BELAJAR, menuntut ilmu.

Surah yang pertama sekali diturunkan, Surah Al-'Alaq ada menyebut, yang bermaksud

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" (Ayat 1)

"Iqra'". BACALAH. Maksudnya di sini, kita dituntut untuk mencari ilmu. Ini diterjemahkan melalui perkataan "baca" yang melambangkan betapa pentingnya kita membaca untuk memperoleh ilmu. Kalau tak baca, macam mana nak dapat ilmu kan?

Hadith Rasulullah juga ada menyebut "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Ini melambangkan betapa pentingnya kita menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.

Fikir-fikirkan. Bak kata Professor Izzi Haji Ali( hot FM):

"Renung-renungkan dan selamat beramaaaal"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan