JAngan Copy paste ok
Assalamualaikum warahmatullah....Bismillahhirrahman nirrahim
Apa
khabar rakan-rakan sekalian? Apa khabar iman sahabat-sahabat semua?
Semoga sihat selalu, rohani dan jasmani. Sedar tak sedar dah 4 Ramadhan
kita berpuasa. Pantas sungguh masa berlalu. Namun, itulah hakikat yang
kita kena lalui. Moga masa yang berlalu itu kita manfaatkan sepenuhnya,
kerna jika tidak kita akan kerugian ditinggalkan oleh MASA itu.
Alhamdulillah,
diberi peluang sekali lagi oleh Allah swt melalui bulan penuh berkah,
Ramadhan al-Mubarak. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih
baik dari yang lepas-lepas. InsyaAllah, itu azam saya.
Teringat di zaman kecik-kecik dulu, bila sebut Ramadhan pasti dah
di'set'kan dalam kepala, bulan dimana syaitan diikat dan dikurung di
neraka. Jadi, tak ada la hantu-hantu, syaitan nak kacau bila malam-malam
balik dari mengaji tu. Huhu, itu pemikiran saya 15 tahun yang lalu.
Pemikiran budak darjah 1, darjah 2. Kini, pemikiran dewasa saya
berfikir, bila syaitan dah tiada jadi mudahlah kita untuk beribadat di
bulan puasa tanpa gangguan dan hasutan syaitan laknatullah itu. Tapi,
persoalannya walaupun 'encik' syaitan dah dibelenggu, mengapa
kadangkala masih sukar untuk kita beribadah kepada Allah. Masih susah
untuk kita tinggalkan tabiat-tabiat buruk dalam diri, sifat-sifat
mazmumah, perasaan malas dan sebagainya. Tepuk dada, tanya iman.
Ya,
itulah jawapannya, cik nafsu masih bermaharajalela dalam diri rupanya.
Di dalam kehidupan ini, insan bertarung dengan dirinya sendiri.Adakala
ia menang, adakalanya ia kecundang atau ia tetap dalam pertarungan yang
berterusan, sehinggalah ajal maut menjemput. Nafsu itu ada baik dan ada
jahat.Bahagian-bahagian nafsu:
1. Nafsu mutmainnah : nafsu yang sempurna, yang menyuruh melakukan perkara kebaikan.
2. Nafsu lawwamah : nafsu yang sentiasa ada dalam diri, kadangkala bersifat baik, kadangkala bersifat buruk.
3. Nafsu amarah : nafsu yang paling tercela, sentiasa menuntut syahwat dan keburukan.
Sendi-sendi kekuatan dalam memerangi nafsu:
Hati
: Hati menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu. Sekiranya hati
hidup, lembut, bersih, cekal dan selaku mengingati Allah.
Akal
: Akal adalah ciptaan Allah yang dapat melihat, mempunyai daya memahami
sesuatu, mampu membezakan yang haq dan batil, dan dapat menyimpan
sesuatu fahaman dari ilmu-ilmunya. Dengan ilmu itu ia dapat
menghampirkan diri dengan Allah, mengetahui keagungan Allah serta
kekuatanNya.
Diantara cara-cara menundukkan nafsu adalah melalui
puasa itu sendiri. Puasa juga mampu mengurangkan syahwat. Antara lain
cara melawan hawa nafsu adalah:
- bertaubat : "Sebaik-baik orang yang membuat salah adalah orang yang bertaubat".
- tazkiyah : Inner-self purification. Membersihkan hati.
- muhasabah diri : merenung kembali dosa-dosa yang telah dilakukan.
- muraqobah : mengabdi diri kepada Allah contohnya dengan selalu mengingati mati.
Bersempena dengan bulan penuh berkah ini, marilah kita sama-sama berazam
untuk meningkatkan amal ibadah kepadaNya. Kerana kita tidak tahu akan
adakah Ramadhan untuk ke sekian kalinya selepas ini. Dan tidak lupa
untuk memanjatkan doa buat saudara-saudara kita di kepulauan Sumatera
sana yang diuji Allah dengan kesengsaraan dan ketakutan dek gempa bumi,
di celah-celah Ramadhan tanpa makanan dan tempat tinggal yang musnah,
sedangkan kita selesa dan melimpah ruah dengan rezeki Allah, namun
jarang-jarang kita syukuri. Sedarlah dan fikirkanlah!
"Berapa
banyak orang yang berpuasa itu, hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja."
Moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang seperti itu.
Wallahu A'lam bis sawab.
~Ayuh, mengorak langkah menuju mardhotillah, matlamat kita sebagai hambanya. Ameen.~
from:ainnurhuda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan