khaizain@hotmail.com

Kalau ada cerita menarik atau apa2 nak share sila email kat khaizain1.ohmennakshare.blogspot.com............jangan tk share tau

Jumaat, 17 Disember 2010

PErampasan TAnah Palestin

JAngan Copy paste ok






salam Tun,

Saya nak minta Tun bercerita mengenai sejarah penaklukan Palestin oleh pendatang Yahudi melalui pertubuhan Zionist. Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa Isreal dibentuk melalui penjajahan tanah milik Palestin dengan manipulasi oleh PBB yang menyerahkan 50% tanah Palestin kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947. Pertubuhan Zionist telah melancarkan keganasan semenjak awal 1900-an ke atas penduduk asal Palestin dalam cubaan mereka untuk menakluk tanah milik Palestin.

Setelah berjaya memanipulasikan PBB pada tahun 1947, mereka terus menggunakan badan dunia tersebut, kebanyakkan negara barat, USA dan peristiwa keganasan Nazi terhadap bangsa Yahudi Jerman untuk memastikan mereka kelihatan seperti mangsa keganasan oleh bangsa Arab terhadap mereka. 

Dengan taktik itu mereka telah berupaya meluaskan tanah jajahan mereka melebihi 90% tanah milik penduduk asal Palestin iaitu yang mereka miliki pada masa sekarang,banyak rujukan mengenai perkara ini dalam internet, google je Israel atau Palestin, salah satunya ialah: http://whatreallyhappened.com/WRHARTICLES/mapstellstory.html

Manakala penduduk asal Palestin telah diusir keluar dari rumah dan tanah mereka, malah Semenanjung Gaza telah menjadi sebuah penjara terbuka terbesar di dunia dimana peduduk Palestin dikurung didalam kawasan yang sesak dan dinafikan hak untuk hidup seperti manusia biasa di tanah air sendiri!.

Provokasi dan keganasan berterusan dilakukan oleh Isreal bagi memastikan lebih ramai rakyat Palestin meninggalkan rumah dan tanah mereka di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang kemudiannya diambil alih oleh rejim penganas Zionist,antara provokasi seperti pembentukan tembok tinggi , askar Zionist menduduki rumah penduduk Palestin bersama penghuni asal, menghalang atau melengahkan perjalanan penduduk Palestin dari satu kawasan ke kawasan lain dan banyak lagi

Manakala bagi memastikan rakyat Palestin tidak kembali semula, Zionist membentuk kawasan perumahan dan lebuhraya apartheid dikawasan yang mereka telah ambil alih di Tebing Barat dan Gaza.

Di peringkat negara, Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan daripada USA dalam nilai berbilion dolar setahun. Untuk memastikan mereka terus kekal menjajah, penduduk Palestin dan negara Arab perlulah lebih lemah daripada mereka, 

Iran adalah mangsa terbaru Israel. Sebelum ini Iraq yang anti penjajahan Israel telah diserang oleh Bush pada tahun 2003 dan masih berterusan dengan alasan memiliki senjata nuklear,kimia dan biologi pemusnah besar-besaran, satu dunia telah tahu bahawa Amerika telah berbohong dan melakukan jenayah perang antarabangsa terhadap Iraq dan Iraq menjadi negara yang kucar-kacir semenjak dari itu, manakala Syria pernah dibom oleh Isreal pada tahun 2007, apabila Israel mengesyaki Syria membina loji nuklear di Al Kibar

Kesedaran masyarakat barat bagaimanapun telah mula meningkat bahawa kerajaan mereka telah bersekongkol atau di manupulasi oleh penganas Zionist. Rakyat British umpamanya telah mengeluarkan waran tangkap sebulan yang lalu terhadap Tzipi Livni iaitu bekas menteri luar Israel yang ingin melawat British kerana menyerang penduduk Palestin dan jenayah perang pada awal 2009, Ini menyebabkan Livni membatalkan lawatan tersebut dua minggu yang lepas. 

Banyak pertubuhan NGO barat bangkit memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk hidup seperti manusia dan kembali memiliki tanah dan rumah keluarga atau nenek moyang mereka yang telah dirampas oleh Israel. Web-web memperjuangkan hak Palestin tumbuh macam cendawan walaupun ketua-ketua negara mereka masih kecut telur untuk bercakap benar.

Iran adalah jiran Israel yang jelas memaklumkan mereka anti penjajahan negara Palestin dan sedang membina loji nuclear untuk tenaga eletrik. Kepandaian nuclear adalah amat merisaukan Israel dan mereka seperti biasa memanupilasikan kekuasaan PBB dan USA dengan berbagai helah, tekanan, kekangan malah sanggup menipu seperti kes peperangan di Iraq untuk melemahkan sesiapa sahaja yang anti keganasan dan penjajahan penduduk Palestin.

Di Malaysia kesedaran ini tidak besar , manakala bagi kerajaan risiko dan kosnya sangat tinggi untuk becakap benar seperti yang dihadapi oleh Iran atau yang telah dilalui oleh Iraq. Saya sebagai rakyat Malaysia pun ingin mendengar penjelasan dari duta kita kenapa beliau berani bercakap benar dan dari kerajaan kita kenapa kita dah kecut telur ? 



PErampasan Tanah Palestin


khairuddink.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan